Header Ads

Renungan - Balasan Orang Yang Bakhil

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannyadisorokkanKe dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedangmenanggungkesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.

"Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlaku padanya:-"Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. 

Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi. "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka. Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelipmata.

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak."Kemudian ku lihat di tangan kirinya ada seketul keju dan di tangankanannyaada sehelai tuala kecil. Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua bendatersebutuntuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnyaibukuadalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yangtaatkepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. 

Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja. Lalu aku
terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku."Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.
Tidakkahayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu
dan menurut perintah agama. Lalu dijawab oleh ayahku. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walausetitik air kepada ibuku kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika didunia.Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa keneraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telahmenyambartanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapatitapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkauya Rasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-hentimengalir di pipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah.Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka
disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkatkebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh. Rasulullah lantas berkata,"Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu. Mudah-mudahan segala dosanya terampun.INSYALLAH".

No comments:

Theme images by johnwoodcock. Powered by Blogger.